Kehidupan peribadi Vanida_Imran

Beliau berkahwin dengan pelakon dan gitaris Dead Mushroom, Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 dan mempunyai dua anak bersama, Mikail dan Mariyam. Beliau memperoleh ijazah Pengajian Bahasa Inggeris selepas empat tahun pengajian di Universiti Terbuka Malaysia.[10][11]

Ibu beliau, Shariffah Bee binti Abdul Majid meninggal dunia pada 24 Disember 2017 akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 5.40 petang.[12][13]

Pada 28 Oktober 2016, Vanida memfailkan saman terhadap syarikat kosmetik Ronasutra berhubung dengan pelanggaran kontrak dan penyalahgunaan gambarnya tanpa kebenaran dan menamakan Miliyasutra Industries sebagai defendan.[14] Bagaimanapun, pada Mei 2017, beliau menang saman tersebut[15] selepas Ronastura gagal rayu dalam kes saman terhadapnya pada Februari 2018.[16]

Sekitar Ogos 2018, Vanida menafikan khabar angin mengatakan beliau dan suami, Rashidi Ishak tidak lagi bersama,[17] beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai hal tersebut.[18][19]

Ia didedahkan oleh media bahawa Vanidah dan Rashidi telah memfailkan perceraian pada 9 Ogos 2018, Vanidah berkata dalam temubual bersama Berita Harian: "Saya akan meneruskan kehidupan macam biasa. Selain diri ini, saya juga perlu membesarkan anak. Harapan saya, mereka di luar sana termasuk teman media memahami,".[20][21]

Rujukan

WikiPedia: Vanida_Imran http://www.budiey.com/senarai-telefilem-syawal-201... http://www.budiey.com/teater-baik-punya-cilok-di-i... http://cikyam.com/2010/hiburan/vanida-imran-pengac... http://www.filemkita.com/filem/t/tujuh_perhentian_... http://www.imdb.com/name/nm0408303/ http://intrend.com.my/hiburan/filem-seni/temuan-ta... http://www.kosmo.com.my/hiburan/rashidi-ishak-vani... http://www.kosmo.com.my/terkini/ibu-pelakon-vanida... http://www.nst.com.my/news/2015/09/vanidah-imran-g... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/vanidah-rash...